Total Pageviews
gaza
MENU BAR
Wednesday, 23 July 2014
Monday, 21 July 2014
Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan
“Malaysia, Disini Lahirnya Sebuah Cinta”
Logo Hari Kemerdekaan 2014 Ke 57
Kemerdekaan sebuah negara adalah
sangat mahal harganya. Tukarannya adalah jiwa dan raga generasi dahulu yang
telah berjuang tanpa mengenal kalah dan putus asa.
Lantaran harganya yang tidak ternilai
itu, sambutan kemerdekaan adalah amat penting bagi memupuk kesedaran dan
semangat generasi kini untuk mengekal dan mempertahankan kemerdekaan yang telah
dicapai hasil pengorbangan generasi terdahulu.
RASIONAL
Memenuhi agenda kementerian pelajaran
Malaysia yang mahukan suatu pengisian yang berfaedah kepada warga sekolah
sempena hari kemerdekaan negara.
OBJEKTIF
- Melahirkan rasa cintakan negara dikalangan murid-murid guru dan semua warga SK Tanjung Keramat
- Memupuk kesedaran mahalnya harga sebuah kemerdekaan.
- Menanam semangat patriotism dikalanga warga SK Tanjung Keramat untuk mengekalkan kemerdekaan negara.
Sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 pada tahun ini menampilkan satu keunikan apabila salah satu baris lirik lagu Warisan, 'Malaysia.... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad dipilih menjadi tema sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57. Logo Hari Kemerdekaan untuk tahun ini dipilih daripada 1,586 hasil ciptaan peserta Pertandingan Mereka Cipta Logo Hari Kemerdekaan ke-57.
Thursday, 10 July 2014
Thursday, 3 July 2014
Pelancaran Bulan Dakwah
Program Bulan Dakwah
Program bulan dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia adalah satu program yang perlu dilaksanakan oleh semua sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memastikan aktiviti dakwah dilaksana dengan lebih bersepadu dan berkesan dengan pengembelingan semua pihak.
Program ini bermatlamat untuk menyemarakan usaha dakwah diperingkat sekolah agar penghayatan aktiviti dakwah dan syiar Islam dapat dihayati bersama.
Antara objektif program ini adalah
- Berusaha secara bersama dalam menangani permasalahan ummah dalam membina hadharah.
- Menggerakkan usaha dakwah secara bersepadu agar lebih berkesan dan menyeluruh.
- Meneruskan usaha-usaha amar makruf nahi mungkar.
- Memberikan kesedaran bahawa setiap orang adalah bertanggungjawab untuk berdakwah.
- Menggambarkan Islam sebagai agama syumul.
Subscribe to:
Posts (Atom)