ASAL USUL NAMA SEKOLAH

          Sekolah Kebangsaan Tanjung Keramat terletak di pekan Kuala Selangor. Terdapat dua buah lagi sekolah rendah di pekan ini iaitu SRJK (C) Aik Thee yang bersebelahan dengan sekolah ini dan SRJK (T) Vageesar yang terletak bersebelahan SMK. Sultan Abdul Aziz. Sekolah menengah yang berhampiran ialah SMK Sultan Abdul Aziz dan SMK Seri Tanjung. Untuk sampai kelima-lima sekolah ini mesti melalui pekan Kuala Selangor dan kaki Bukit Melawati dan akhirnya terus ke seberang jalan melalui balai bomba. Jalan yang menghubungkan kelima-lima sekolah inilah dinamakan Jalan Tanjung Keramat, sebilangan penduduk tempatan memanggilnya Jalan Keramat Tanjung.


SEJARAH SEKOLAH

          Sekolah Kebangsaan Tanjung Keramat, Kuala Selangor mula di buka dengan jumlah murid seramai 23 orang pada 10 Julai 1951. Upacara perasmiannya dilakukan oleh Tuan Pegawai Daerah Kuala Selangor iaitu Encik D.A Borie. Guru Besar ketika itu ialah Encik Mokhtar bin Hj. Dahlan. Keadaan bangunan sekolah ketika itu hanyalah sebuah bangsal berlantaikan tanah merah yang terletak di tapak kantin SMK Sultan Abdul Aziz.



          Apabila jumlah murid meningkat kepada 130 orang, sebuah bangunan tambahan konkrit yang mengandungi empat buah bilik darjah telah dibina pada 29 januari 1958. Pada ketika itu Guru Besar ialah Encik Mohd. Thani bin Lamsah. Bangunan sekolah asal telah dirobohkan pada 15 Mei 1962. Murid-murid seterusnya belajar di Madrasah Pekan Kuala Selangor.



          Bangunan sekolah baru telah mula digunakan dengan upacara menepung tawar dijalankan oleh Tuan Haji Mohd Yusoff iaitu Imam Masjid Kuala Selangor pada masa itu ialah 170 orang dengan 7 orang guru. Bangunan tersebut dijadikan Pejabat Pendidikan Daerah sebelum berpindah ke bangunan baru iaitu bersebelahan Sekolah Kebangsaan Tanjung Keramat.


          Berikutnya Encik Mohd. Ali bin Malim Kechik mula bertugas sebagai Guru Besar ketiga sekolah ini pada 1 Mac 1964. Bermula 11 Jun 1969 Encik Zainuddin bin Abdullah menjadi Guru Besar Keempat sekolah ini. Semasa berkhidmat beliau telah mencipta nama sekolah hingga terkenal kerana kumpulan angklungnya. Pasukan angklung di bawah pimpinannya pernah di beri penghargaan untuk membuat persembahan serta pernah membuat rakaman di RTM. Selain itu pasukan ini juga pernah membuat persembahan sempena Hari Ulang Tahun Kemerdekaan di Kuala Lumpur.


          Menjelang 16 Januari 1997, Guru Besar yang kedua belas iaitu Pn. Faridah binti Abdullah telah melapor diri  di sekolah ini. Pada tahun 2011, Guru Besar yang baru telah melaporkan diri iaitu En. Nizamuddin bin Zakaria yang bertugas selama 1 tahun 3 bulan sahaja.


          Kini Guru Besar yang baru, Pn. Zaini binti Khalid telah melaporkan diri pada Ogos 2012 dan berkhidmat hingga ke hari ini. 







Pasukan Angklung Sekolah Kebangsaan Tanjung Keramat Sekitar Tahun 1973















6 comments:

  1. sekolahku......

    ReplyDelete
  2. Saya pernah belajar di SK Tanjung Keramat dari tahun 1974 hingga 1979. I will remember this school forever.

    ReplyDelete
  3. Saya juga pernah bersekolah di sini pada tahun 1983, darjah 1 Kuning.😊 Setahun sahaja di situ. Tapi ada juga lah kenangan di situ. Yang paling menarik ialah lawatan sambil berjalan kaki ke Bukit Melawati😊

    ReplyDelete