BUDAYA SEKOLAH
Berbudi Bahasa Dan Berkasih Sayang
MOTO SEKOLAH
Berilmu, Beriman, Beramal
Sekolah Gemilang, Murid Cemerlang Menjelang 2015
MATLAMAT SEKOLAH
Pendidikan sekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap postiif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah menengah.
MISI SEKOLAH
- Menjadikan SKTK Sekolah Gemilang dalam semua aspek
- Mendidik murid supaya sentiasa berakhlak dan menuju kematangan
- Melahirkan insan mulia yang cemerlang secara menyeluruh dari aspek Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Spiritual
- Mempastikan murid berwawasan untuk mencapai prestasi akademik, ko-kurikulum dan sahsiah di tahap cemerlang
- Mewujudkan budaya sekolah yang selamat dan berkasih sayang terhadap ibu bapa, guru, rakan pelajar dan seluruh warga sekolah
Pendidikan sekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap postiif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah menengah.
OBJEKTIF SEKOLAH
- Mewujudkan sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik
- Memartabatkan Bahasa Malaysia dengan baik dan memperkembangan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi
- Memperkasa Bahasa Inggeris dengan interaksi harian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua
- Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
- Mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah
- Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran social
- Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik
- Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian murid beragama Islam
- Mempunyai daya kreatif dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya
PIAGAM SEKOLAH
Kami guru-guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Tanjung Keramat sentiasa bersedia dan berusaha untuk :
- Memberikan kasih sayang dan ilmu yang bermanfaat bagi memastikan prestasi pencapaian akademik, sahsiah dan ko-kurikulum murid berada pada tahap yang cemerlang dan boleh dibanggakan
- Menyediakan iklim sekolah yang harmoni, berdisiplin, berdaya saing, penyayang, bersih dan ceria untuk meningkatkan potensi murid ke tahap optima
- mewujudkan situasi budaya sekolah yang sihat di mana murid berasa selamat, berbudi bahasa dan sayang terhadap ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan sekolah keseluruhannya
- Menggunakan kepakaran yang ada bagi menimbulkan minat murid-murid dalam bidang pengajaran dan pembelajaran
Terima kasih kita bersama
Kepada guru dan ibu bapa
Segala jasa tidak ku lupa
Jadi kenangan selama-lamanya
Marilah kita taburkan bakti
Pada sekolah yang dikasihi
Pesanan guru semat di hati
Maju sukan maju semua sekali
Wahai kawan wahai sahabat
Tuntutlah ilmu jangan terlambat
Sekolah Kebangsaan Tanjung Keramat
Semoga di cucuri rahmat
SKTK Sekolah Gemilang,
Murid Berakhlak Menuju Kematangan,
Melahirkan Insan Mulia Cemerlang,
Berwawasan Dan Berkasih Sayang
No comments:
Post a Comment