Monday, 21 July 2014

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan


“Malaysia, Disini Lahirnya Sebuah Cinta”

Logo Hari Kemerdekaan 2014 Ke 57

           Kemerdekaan sebuah negara adalah sangat mahal harganya. Tukarannya adalah jiwa dan raga generasi dahulu yang telah berjuang tanpa mengenal kalah dan putus asa.

Lantaran harganya yang tidak ternilai itu, sambutan kemerdekaan adalah amat penting bagi memupuk kesedaran dan semangat generasi kini untuk mengekal dan mempertahankan kemerdekaan yang telah dicapai hasil pengorbangan generasi terdahulu.

RASIONAL

Memenuhi agenda kementerian pelajaran Malaysia yang mahukan suatu pengisian yang berfaedah kepada warga sekolah sempena hari kemerdekaan negara.

OBJEKTIF

  • Melahirkan rasa cintakan negara dikalangan murid-murid guru dan semua warga SK Tanjung Keramat
  • Memupuk kesedaran mahalnya harga sebuah kemerdekaan.
  • Menanam semangat patriotism dikalanga warga SK Tanjung Keramat untuk mengekalkan kemerdekaan negara.

            Sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 pada tahun ini menampilkan satu keunikan apabila salah satu baris lirik lagu Warisan, 'Malaysia.... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad dipilih menjadi tema sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57. Logo Hari Kemerdekaan untuk tahun ini dipilih daripada 1,586 hasil ciptaan peserta Pertandingan Mereka Cipta Logo Hari Kemerdekaan ke-57.










Thursday, 3 July 2014

Pelancaran Bulan Dakwah


Program Bulan Dakwah 

       Program bulan dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia adalah satu program yang perlu dilaksanakan oleh semua sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memastikan aktiviti dakwah dilaksana dengan lebih bersepadu dan berkesan dengan pengembelingan semua pihak.

       Program ini bermatlamat untuk menyemarakan usaha dakwah diperingkat sekolah agar penghayatan aktiviti dakwah dan syiar Islam dapat dihayati bersama.

        Antara objektif program ini adalah
  • Berusaha secara bersama dalam menangani permasalahan ummah dalam membina hadharah.
  • Menggerakkan usaha dakwah secara bersepadu agar lebih berkesan dan menyeluruh.
  • Meneruskan usaha-usaha amar makruf nahi mungkar.
  • Memberikan kesedaran bahawa setiap orang adalah bertanggungjawab untuk berdakwah.
  • Menggambarkan Islam sebagai agama syumul.
      


Monday, 19 May 2014

Hari Guru Peringkat Sekolah 2014

Guru Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi 

Tarikh 16 Mei 2014 dipilih untuk sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2014, Terima Kasih dan sekalung tahniah diucapkan kepada semua AJK PIBG SK Tanjung Keramat yang telah melaksanakan tugas dengan jayanya bagi meraikan semua guru SK Tanjung Keramat.


Bacaan ikrar diketuai oleh Tn Mohd Pauji bin Ilias GPK Kokurikulum


Bila guru-guru perempuan berfutsal

Persembahan Drama yang memukau diketuai oleh En Azrin